03 Julai 2008

rEnUnGaN




Renungan :-

(i) Orang yg sombong adalah orang yang diberi penghidupan tetapi tidak mahu sujud kepada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Taala, Tuhan sekalian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit kepada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


(ii) Orang yg telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat al-Quran, al-Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun tidak berasa ada apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.

(iii) Orang yg dungu otaknya adalah orang yang tidak mahu beribadat tetapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


(iv) Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.


(v) Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di hadapan matanya tetapi tidak sedikitpun ada kebencian di dalam hatinya dengan kemungkaran itu.(vi) Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w. Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meniliti akan kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

viii) Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.(ix) Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.(x) Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." LATU sambil berkata, "Ya Rabbi Aku reda dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir air matanya.(xi) Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.(xiii) Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

(xiv) Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

(xv) Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
(xvi) Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang yang senantiasa mempertingkatkan ilmu agamanya.

(xvii) Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

(xviii) Orang yang gila adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat sahaja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkAN sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

(xix) Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amalan kebaikan.

(xx) Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

(xxi) Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

(xxii) Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amalan kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

(xxiii) Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amalan kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

(xxiv) Orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

(xxv) Orang yang tidak berakal adalah orang yang menghuni neraka kerana sekiranya mereka di dunia dahulu mengunakan akal mereka bahawa neraka itu tempat azab dan seksa tentu mereka tidak mahu akan masuk neraka.Demikianlah beberapa kategori manusia dari kaca mata Islam. Ke kumpulan manakah kita dikategorikan? Hisablah diri dan dapatkanlah jawapannya. Moga-moga muhasabah yang dilakukan mampu membawa kebaikan kepada diri kita seluruhnya di dunia dan di akhirat. Wassalam.

Tiada ulasan:

kAsIh sAyAnG

kAsIh sAyAnG

mUtIaRa kAtA

Hiduplah Sesuka hatimu,Sesungguhnya kamu pasti mati.Cintai siapa saja yang kamu senangi,Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya, Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya....

BaKaL DisAtUKaN 17 OGOS 2008

BaKaL DisAtUKaN 17 OGOS 2008

BuS Yg sLaLu bAwA aKu mAkAn aNgIn..AbG DiN yG DrIve!!

BuS Yg sLaLu bAwA aKu mAkAn aNgIn..AbG DiN yG DrIve!!