27 Ogos 2008

Ain dapat handphone baru..24 ogos 2008




Sebelum berkahwin ain teringin nk pakai hp baru.. tp ain nk simpan duit.. ain kena jimat sbb nti nk kahwin kena pakai byk duit.. ain xnk susahkan mak & ayah.. ain klu bleh nk guna duit sendiri utk semua perbelanjaan. Alhamdulillah.. berkat berjimat-cermat ain dapat menunaikan hajat ain.. kesian ain tgk mak & ayah bersusah payah utk kenduri kahwin ain.. berkat rezeki ain bekerja dari bulan Januari 2008 di KESM.. dapat juga ain ringankan beban mereka.. sekarang pas kahwin hajat ain nk pakai hp baru dah tertunai.. ain pergi beli kat serdang dengan abg.. ain kongsi duit ngan abg nak beli tue.. ain beli hp sony ericsson.. model K630i.. ain gemira sgt2.. :-)

Menu hari ini.. ain masak tomyam.



Ari ni ain teringin nk makan tomyam.. ain beli bahan2 kat kedai bawah flat.. ain teringin nk masakkan tomyam utk abg..tp abg xde.. :-( ain xnak makan sorg2.. ain rindukan abg.. ain duk jauh ngan abg.. ain keje sini.. abg keje kat kat Nestle ngeri 9.. ain dapat jumpa abg smggu skali jer.. tu pun sabtu & ahad.. ain sedih.. tp tadi pas masak ain ajak nurul (kwn serumah) makan same2.. ain masak dlm gelap.. cuma bercahayakan lilin ajer.. mentol terbakar.. ain x nampak warna tomyan tu camana.. main agak2 jer.. rupenya tomyam ain dah pekat sgt.. tp kawan ain cakap sedap.. kami masing2 makan 2 pinggan.. menambah tue.. tu pun ain hirup kuah sampai licin!! slurp!! ain mmg suka makan tomyam.. tomyam ain kali ni sedapla pulak.. ain x tipu.. x caya tanya kawan ain. ye.. mmg sedap.. ;-p walaupun rupanya x menarik tp kawwwww...

Angah & abg ain..



Mak & maklang kembar mak..


Rombongan family abg dah sampai...






hehe.. jamuan pengantin.. :-)





Seronok dapat bersuapan dengan abang..

Pelamin utk majlis perkahwinan kami.. :-)




mak & ayah tercinta...ummuahhh!!





26 Ogos 2008

Ngah tgk ape ntah...


Adik iparku naik pelamin skali lagi.. :-)



Jantung abg berdegup laju!! hehe.. ;-p






Time ni abg ngah gugup.. heheh.. aku dapat rasakan degup jantungnya wlupun aku jauh nun di dalam bilik.. kesian kat abg.. puas duk berlatih mgafal alih2 dua kali gak lafaz sudahnyer.. tp Alhamdulillah.. slamat juga aku di ijabkabul malam tue.. syukur sgt2..

25 Ogos 2008

PELBAGAI AKSI YG BUAT AKU RASA NK PITAM JE!! MAKLUM LER X BIASA.. HEHE.. ;-)






Korang tengok jer.. jgn jeles2 yerk! ;-) semua org akan merasa juga..

malam akad nikah.. sabtu 16 OGOS 2008


Malam nie akad nikah..perasaan berdebar tu.. huh!! rasa x cukup oksigen jer nk bernafas.. sesak!! tp ni la pgalaman yg paling bes dlm hidup.. ku tabahkan jua hati ni dlm mgtasi perasaaan yg bergelora!! heheh.. yg sebenornya x sabo2 neh.. mwahaha.. ;-p

perasaan yg camana? kawin dulu ler...huhu..

hehe. da kawen.. :-p




08 Ogos 2008

Jangan..

Assalamulaikum,

Just to share..BRO & SIS

jangan sengaja lewatkan solat.

Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa

memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk


yang telah

digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh,

nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).


Jangan makan tanpa membaca

BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan pakai sepatu atau selipar
yang

berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.

Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila

berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf

pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan

taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia..

Jangan lupa bergantung

kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana

ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia

atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
! untuk hamba ciptaanNya.


Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

MIMPI SEORANG GADIS

MIMPI SEORANG GADIS

Untuk Renungan Bersama..... Bismillahirrahm anirrahim Wbrth!!!

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi)oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."
Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya. "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia"

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah."
Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah... .Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..... ......SEBARKANLA ......

WASSALAM!!!. .......


Rasulullah S.A.W

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
'Bolehkah saya masuk?' tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan
menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah
membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,'
tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah,


Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa
Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang
sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih
Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan
Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan.
'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah
berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,
urat-urat lehernya menegang.
'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya
Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata
Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak
tertahankan lagi.
'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku.
'Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak
lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,
Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis-shalaati, wa maa
malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah
orang-orang lemah di antaramu.
' Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling
berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali
kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
'Ummatii, ummatii, ummatiii!' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
mampukah kita mencintai sepertinya?
Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
NB:

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran
untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai kita.
Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang
menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karena tiada lagi yang
mengasihmu di akhirat.

04 Ogos 2008

Tidur dalam tafakkur

Sayang…
Sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur, bacalah doa kesyukuran. Bersyukurlah kerana usiamu telah dipanjangkan Allah dengan rahmayNya. Bersyukurlah kerana terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur.

Dan insaflah bahawa hakikatnya, pintu taubatmu masih terbuka. Dan ketahuilah bahawa tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian.

Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati kematian saban hari. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan adab-adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi.oh betapa syumulnya Islam, ia terbimbing dari hal yang sekecil-kecilnya hingga kepada perkara yang sebesar-besarnya.

Sayang…
Berwudhu'lah sebelum tidur. Sesungguhnya Allah akan memelihara rohmu disisiNya. Tetapi jika tidurmu tanpa wudhu', Tuhan tidak akan memandang dikau dan membiarkan jin dan syaitan mengganggumu. Akibatnya sayang akan terbuai mimpi-mimpi kosong yang tidak berfaedah, malah menarik ke arah kekufuran. Pengaruh dari mimpi sebegini berupaya mencorak perlakuanmu, jika dikau tidak mengetahui sumber-sumbernya. Amatlah rugi jika ajal mendatangi kita ketika sedang tidur dengan tidak berwudhu'. Roh kita akan terabai akibat dari kelalaian kita sendiri.

Sayang…
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Mudah-mudahan mimpimu dikurniakan hikmah kerana ia merupakan satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi yang diberkati Tuhanmu. Selain itu adalah mimpi yang batil dari gangguan jin dan syaitan, dan mimpi yang hambar terhasil dari panorama hidup seharian. Ingatan terhadap mimpi adalah penerimaan fikiranmu mentafsirkannya.

Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya dan tidak dapat menerima berita-berita ghaib sebagaimana dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah maka jadilah segala-galanya tidak bererti dan tidak mendatangkan faedah dan pengajaran kepadamu. Jadikanlah mimpi sebagai mimpi dan permainan tidurmu.

Sayang…
Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur anggota tubuh akan dapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah dikau tidur dengan berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah. Akan tetapi, jangan pula sayang tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya di siang hari menguruskan pentadbiran dunia. Manakala, tidur sedikit di malam hari dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manusia hamba yang mencari keredhaan Tuhannya.

Sayang…
Jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di siang hari kerana amalan itu adalah perbuatan syaitan. Hindarkan dirimu tidur terlalu lama supaya tidak dikencingkannya. Dan janganlah tidur di siang hari menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajahmu dan rezeki menjadi mahal. Berusahalah menjaga adab-adab tidur dan elakkan dari menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah auratmu dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, Insya Allah dirimu akan mendapat berkat.

Sayang…
Ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap remeh temeh dalam hidup ini, tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan dirimu hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca. Sesungguhnya jurang ini telah dimanfaatkan oleh musuh yang menjadikan panduan hasrat dan dengkinya dengan sumpahan cela.

Ketahuilah sayang…
Bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka memperdaya : iaitu Pertamanya keinginan untuk makan, Keduanya keinginan terhadap perempuan dan Ketiganya keinginan untuk tidur di mana selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia maka selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia. Kita semua tidak akan terselamat kerana itu adalah sifat dan ciri-ciri manusia. Kita hanya terselamat jika didikan Rasulullah dalam hal-hal berkaitan kita amalkan. Itulah kurniaan Allah kepada kita, hamba yang mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah sayang dan jangan sekali-kali menyombong diri….

Godaan Iblis dalam solat

"Dalam Islam sembahyang yang dilakukan oleh seseorang itu boleh mencegah seseorang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Atas alasan ini, iblis dan syaitan itu akan memperhebatkan seseorang itu supaya tidak mendirikan sembahyang atau mendirikan sembahyang tetapi dalam keadaan tidak sempurna, mengganggunya, seperti yang saudara alami. Inilah yang dinamakan ``was was syaitan''.

Apabila seseorang itu berdiri mendirikan sembahyang, iblis sama berdiri, ikut orang itu sembahyang. Ikut rukuk ketika rukuk dan sebagainya. Ketika itu ia akan menyelinap dalam ingatan dan mendatangkan berbagai-bagai gambaran serta ingatan dalam fikiran contohnya diperingatkan kembali kerja-kerja yang belum sempurna, masalah yang sedang dihadapi, gambaran indah yang telah berlaku dan lain-lain lagi.ingatan datang menyelinap itu berlaku ketika sedang bersembahyang kerana sembahyang merupakan faktor utama yang boleh mencegah seseorang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

Atas alasan inilah maka iblis itu datang untuk merosakkan sembahyang, tidak diterima Allah dan akhirnya menjadi sia-sia. Iblis pernah bersumpah di hadapan Allah, yang dia akan menipu manusia, menggoda dan menyesatkan kecuali mereka yang ikhlas di kalangan umat manusia.

Ibadah sembahyang memerlukan tumpuan yang lebih dan menyeluruh berbanding dengan orang yang sedang makan dan minum atau hendak tidur iaitu pada rukun qauli (yang melibatkan perkataan) dan fi'liy (perlakuan). Oleh kerana itu khayalan atau ingatan seumpama itu tidak seharusnya terjadi ketika sembahyang, tetapi ia tetap terjadi. Hal demikian menunjukkan adanya gangguan ketika seseorang itu sedang sembahyang.

Godaan syaitan yang sering terjadi ketika seseorang itu bersembahyang ialah ketika berniat, iaitu dengan mendatangkan rasa waswas yang boleh menyebabkan seseorang itu membatalkan niatnya dan mengulanginya lafaz niat beberapa kali. Selain menyebabkan tumpuan seseorang kepada pelbagai gambaran dan khayalan, iblis juga menggoda manusia dengan mendatangkan keraguan dan ketidakpastian terhadap bacaan dalam sembahyang, terutamanya dalam bacaan al-Fatihah.

rasa waswas seperti ini adalah akibat gangguan iblis dan syaitan dalam usaha merosakkan ibadah manusia. Apabila keraguan itu timbul, seseorang itu akan lebih berusaha mengulanginya berulang kali, menyebabkan timbulnya rasa tidak yakin terhadap keseluruhan sembahyang.iblis dan syaitan itu sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan dan menahan manusia daripada melakukan kebaikan. Keturunan iblis dan syaitan yang dinamakan Thibr mengambil peranan khas untuk menggoda dan membisikkan pada manusia supaya melakukan kebinasaan, merobek dan mengoyak baju, menampar muka dan menjerit-jerit dengan teriakan seperti yang dilakukan oleh manusia pada zaman jahiliah apabila berlaku kematian.

A'war bertindak mendesak, menggoda dan mendorong manusia melakukan zina. Mabsut bertindak mendorong manusia agar sentiasa berdusta. Dasim pula sentiasa menggoda manusia supaya bersengketa dengan saudara- mara, yang menyebabkan berlakunya pergaduhan dalam keluarga, manakala Zalanbur pula sentiasa berlegar-legar di pasar, merangsang manusia agar melakukan penipuan, sentiasa menipu timbang, nilai barang, ingkar janji, menyorok barang untuk menaikkan harga dan sebagainya.

Imam Muslim dalam sahihnya daripada hadis Uthman bin Abdul Asy menyatakan. Aku telah bertanya kepada Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah menghalangi antaraku dengan sembahyangku, mengelirukan sembahyangku.

Rasulullah menjawab: Itu adalah perbuatan syaitan yang dinamakan khinzab.Kerana itu, apabila engkau merasakan berlaku gangguan, engkau hendaklah berlindung kepada Allah daripada gangguannya dan tiup di sebelah kiri tiga kali. Aku telah melakukan apa yang disuruh oleh baginda. Maka Allah telah menghilangkan rasa waswas itu daripada sembahyangku.

Selain itu, gangguan iblis dan syaitan juga sering berlaku ketika seseorang itu sedang mengambil air sembahyang. Dalam sebuah hadis dijelaskan: Bagi wuduk itu ada satu kumpulan syaitan dinamakan al-Wilhan, maka berhati-hatilah.Akibat daripada gangguan makhluk jenis ini, seseorang itu boleh terganggu akibat waswas yang menyelinap dalam dirinya, menyebabkan orang yang berkenaan mengulangi bacaan niatnya berkali-kali, membasuh anggota wuduk berkali-kali, terasa air tidak sampai pada kulit anggota wuduk, tidak tiba pada hujung dahi, tepi telinga dan sebagainya. Terasa juga air tidak sampai pada celah-celah kuku dan sebagainya. Semuanya itu berlaku akibat daripada waswas syaitan yang boleh menyebabkan seseorang itu mengambil wuduk hingga basah dan mengambil masa yang begitu lama.

"


Memilih Pasangan

"Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan
wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin. Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadarsuka-suka, tidak membawa kepada pernikahan.

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.
Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan sama ada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:
"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa
yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calon isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan
akhlaknya antaranya ialah:
1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa
bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.

Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas . a:
"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga
yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam
golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat- sifatnya oleh Rasulullah saw:
"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya
bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mengukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."
Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda. Rasulullah saw bersabda:
"Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya."

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu,
pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih sayang antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calon isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:
"Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku dihadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti."

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan
kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan."

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu
apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau
sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:
"Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik.

Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman."

"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang
jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik."

Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.

"

CINTA MAUT keranamu kekasih

"Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya
"Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya
sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu
walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku Tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun
baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan
Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada
Rasulullah saw yang bermaksud "Barangsiapa yang taat
kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan
bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang
sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini,
Tsauban menjadi gembira semula...

Tauladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah Kita bersama siapa yang kita
sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi,insyallah kita
bersama nabi di akhirat nanti.

Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan
merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .

Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana
Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari
akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana
umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah
wafat.

Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara
umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat
ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan
dan semata-mata kerana Allah.

Rahsia di sebalik AL-FATIHAH

"Saya tertarik dengan satu emel yang pernah saya terima daripada seorang sahabat lama. Rasanya mungkin saya boleh gunakan kesempatan dan ruang yang ada ini untuk berkongsi ilmu bersama akhawat sekalian...

Kita mungkin tahu apa itu surah Al-Fatihah dan kita mungkin boleh membacanya atau menghafal surat tersebut (mana yang tak boleh baca atau menghafalnya tak apa, pintu taubat masih terbuka), tetapi tahukah kita disebalik surah tersebut terdapat rahsia dan hikmatnya yang kita mungkin tidak tahu. Nak tahu rahsia dan hikmatnya?


Fatihah Seribu Faedah
Sesiapa yang mengekalkan membaca Al-Fatihah diantara sembahyang sunat subuh dengan fardhu subuh sebanyak 41 kali tidak ia:

i) Meminta pangkat melainkan ia dapat
ii)Ia miskin melainkan jadi kaya
iii) Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
iv) Ia sakit melainkan disembuhkan oleh Allah.
v) Ia lemah melainkan dikuatkan.
vi) Ia berdagang dinegeri orang melainkan dimuliakan orang, dikasehi dan sampai cita-citanya.


Fatihah Mengembalikan Pangkat
Sesiapa yang telah dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan ia ingin kembali mendapatkan pangkatnya semula:

Hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 40 kali diantara sunat subuh dan fardhunya selama 40 hari (jangan kurang dari bilangannya dan jangan putus). Insyaallah dikembalikan pangkatnya atau dapat ia menyandang pangkat yang lebih tinggi. PERCAYALAH KEPADA KUDRAT TUHAN.


Fatihah Mendapat Zuriat
Sesiapa yang mandul dan tidak mendapat anak sedangkan ia inginkan anak, amalkan surah Al-Fatihah sebagaimana kaedah dan peraturan ini:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari dengan tidak putus dan tidak kurang. Masanya adalah antara sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan mendapat ia anak yang soleh dan baik.


Fatihah Sakit Mata
Jika sesiapa yang mengidap sakit mata sama ada lama atau baru, dan diatas apa sifatnya sekalipun, hendaklah ia membaca Fatihah dengan niat meminta:
i) Sembuh penyakit matanya
ii) Pulih pandangannya.
iii) Menurut peraturan yang telah disebutkan diatas iaitu:
41 kali membaca Fatihah selama 40 hari diantara sembahyang sunat subuh dan fardhunya. Insyaallah akan sembuh penyakit mata itu.


Fatihah Di atas Kapas
Sesiapa membaca Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang kudis atau luka atau apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya dengan izin
Allah.


Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan ia:
i) Dimurahkan rezekinya
ii) Diperbaiki hal ehwalnya
iii) Dibersihkan hatinya
iv) Diangkat darjatnya
v) Dimudahkan pekerjaannya
vi) Dilepaskan ia dari dukacita
vii) Dijauhkan dari mudharat
viii) Diberi ia kerajinan dan semangat
ix) Tidak kecewa
tak) Jauh dari hasutan syaitan
xi) Diilhamkan kepadanya kebajikan


Dinding Dimasa Tidur
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala meletakkan kepalanya kerana hendak tidur, kemudian ia membaca:
Qul Huwallah Hu Ahad - 3 kali
Qul A'uzubirabbil falaq - 1 kali
Qul A'uzubirabbin Nas - 1 kali
Terselamat ia dari segala kejahatan dan mudharat serta menjadi dinding dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk dalam masa ia tidur.


akhawat sekalian...
Sama-samalah kita mengamalkannya..
sebaik-baik penawar ialah ayat alquran...

Peta Kolej PSDC

Kolej PSDC.. nama yg tidak asing lagi dlm nostalgia hidupku.. selama 3 tahun disini.. Alhamdulillah. . dpt juga aku memegang segulung diploma..heheh.. wlupun pangkat tu nampak kecik je tp besar bagiku.. semua penglaman tu xbleh di bayar dgn wang ringgit!!
Dady sayed.. merangkap mentorku disini.. dia lah satu2nya lecturer yg x pernah jemu mengajar aku.. wlupun aku ni agak lembab skit! bab2 mengirala.. sbb aku nie mmg anti betul ngan matematik!! asal tgk nota mtematik je rasa macam 1 ancaman je!! x suka x suka..sbb tu la aku x masuk u!!mmg dah mind set macam tu.. bgla motivasi mcm mana pun macm tu jugak ler.. aku nie bleh dikategorikan budak skolah xde wawasan! ahaha.. tp klu bab2 membaca no 1!! mesti A punyala.. pilih kasih pya kes la aku jd macam tu! add math.. merupakan subjek yg mengotorkn sijil spmku.. fail siottt..alih2 bila sambung diploma itu jugak ler yg aku jumpa.. tp aku tabahkan hati juga belajar wlupun hati ni x berapa tabah.. dah berapa kali kecundang tp mak ayah pya pasal.. hidup mesti di teruskan! I love u ma & pa..

Cara potong kuku

Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.
(Riwayat Muslim).

Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).

Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.

Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).

Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:
Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.
(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).

Mulakan memotong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mulakan dengan jari telunjuk sebelah kanan sehingga selesai tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan akhir sekali ibu jari tangan kanan. (Ikut rajah di atas)

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.(perselisihan pendapat).

Wallahu A’lam

Dikirim dalam Amalan Sunnah. Label: .

Dosa kuku panjang dan cincin

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh ataupun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerahsantan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dan lain-lain. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang.

Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan
juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang saja kita dapat kita pahala.

"

Golongan yang diusir

"Ingin berkongsi ilmu iaitu terdapat beberapa golongan yang akan di usir dari padang Mahsyar di atas perbuatan yang dilakukan ketika di dunia. Antara golongan itu ialah :

1- Mereka di usir berupa kera. Mereka adalah manusia yang
suka mengadu domba.

2- Mereka di usir berupa bab*. Mereka adalah yang suka
memakan barang yang haram.

3- Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan
kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka
berdusta.

4- Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta
tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak
bangga diri dan sombong.

5- Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri
sedangkan lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke
dadanya dan dari mulut keluar nanah yang menjijikan.
Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan
dengan perilakunya.

6- Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma
dari neraka. Mereka adalah menusia yang berusaha
mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang
tidak jujur.

7- Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan
kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu
jiran-jiran.

8- Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah
golongan yang curang dalam menetapkan hukum.

9- Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk
daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar
melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib
seperti zakat, puasa, tidak menjalankan kerja dakwah
dan sebagainya.

10-Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian
besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yang syirik
kepada Allah.

Marilah kita sama-sama renungi, adakah kita akan tergolong di antara golongan-golongan di atas???? Jika kita tidak mahu tergolong dengan mereka, maka perbaikilah diri kita dari sekarang sementara kita mempunyai hidup di dunia yang fana ini.

"

Suamiku Soleh..


Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru.

Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah.

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami mengejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang
soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja -'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid saja, kata mereka. Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila
dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang, malah membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar
daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s. a. w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

Airmata seorang Nabi, kerana Umatnya

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah.

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.” Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku. Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah,

Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggil Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan risau, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan-lahan ruh Rasulullah ditarik. Seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat sungguh maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Sahabat-sahabat muslim sekalian, marilah kita renungkan kembali pengorbanan Rasulullah kepada umatnya lainnya, betapanya cintanya Rasulullah kepada umatnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

10 hingga 100 kebaikan bagi setiap huruf ayat suci


"SETIAP pembaca, pendengar dan orang yang menghadiri majlis al-Quran, pasti akan dicatatkan beberapa kelebihan serta kurniaan pahala daripada Allah berdasarkan keikhlasan masing-masing.

Membaca ayat al-Quran sama ada secara bertadarus atau melalui perujian dalam sesuatu pertandingan sebenarnya memberikan pelbagai kelebihan bukan saja kepada pembaca, malah sesiapa yang mendengar dan menghadiri majlis itu.

Bagi pembaca, kelebihan yang ditawarkan ini cukup banyak. Dalam hal ini, Saidina Ali pernah berkata: "Sesiapa yang membaca al-Quran sedang dia mengekalkan solat, maka baginya atas setiap huruf yang dibaca itu sebanyak 100 kebajikan, sesiapa yang membacanya sedang dia duduk lepas solat baginya atas setiap huruf yang dibaca 50 kebajikan.

"Sesiapa yang membaca, sedang dia berada di luar solat tetapi dalam

keadaan berwuduk bagi setiap huruf yang dibaca 25 kebajikan. sesiapa yang membacanya sedang dia belum berwuduk baginya atas setiap huruf yang dibaca itu 10 kebajikan."

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah turunkan sebaik-baik pembicaraan iaitu sebuah kitab al-Quran yang semua isinya kerap kali sama serta berulang-ulang begitu pun menjadi seram serta naiklah bulu roma bagi mereka yang membacanya, lalu kemudian akan lembut pula hati mereka untuk mengingati aku." (Surah az-Zumar, ayat 23).

Sahabat Rasulullah SAW, Hazrat Ibni Usman menyatakan bahawa dia pernah mendengar Rasulullah bersabda bermaksud: "Muslim yang terbaik antara kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran, lalu mereka mengajarkannya pula kepada orang lain."

Pada suatu hari ketika Rasulullah sampai kepada kumpulan beberapa orang yang sedang berbual-bual kosong, lalu seorang daripada mereka mencadangkan supaya daripada membuang waktu sedemikian, lebih baik ke pasar Bhutan sekurang-kurangnya melihat atau memilih-milih unta betina yang baik.

Lalu Nabi Muhammad mencelah dengan sabdanya: "Pergi ke masjid dan membaca dua potong daripada ayat al-Quran adalah lebih berharga daripada dua unta betina, pergi ke masjid dan membaca tiga potong daripada ayat al-Quran adalah lebih baik daripada tiga unta betina, demikian juga pergi ke masjid dengan membaca empat potong daripada ayat al-Quran pun adalah lebih afdal daripada empat unta betina atau beberapa lagi unta lain."

Hadis riwayat daripada Abu Hurairah pula menyebut: "Ada pun rumah dimana al-Quran sering dibacakan, nescaya ahli keluarganya akan bertambah kelebihan serta rahmat akan berganda, malaikat akan mengerumuninya, sementara syaitan akan lari meninggalkannya, sebaliknya rumah di mana tiada dalamnya alunan bacaan al-Quran akan sering menjadi tegang serta hilang keberkatan, malaikat akan menyisihkan dirinya, manakala gerombolan syaitan akan berlindung di dalamnya."

Sesiapa yang mendengar ayat suci al-Quran, di samping memahami dan menghayati kandungannya pula adalah mereka yang menggunakan nikmat Allah iaitu pendengaran untuk perkara kebaikan.

Pada akhirat, setiap anggota manusia akan dipersoalkan oleh Allah iaitu untuk apa dan bagaimanakah ia digunakan.

Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati akan dipersoalkan oleh Allah." (Surah al-Isra, ayat 36)

Maknanya, Islam amat menitikberatkan penganutnya supaya sentiasa

melakukan kebaikan agar mereka tergolong di kalangan yang beriman dan beramal soleh.

Untuk menjadi orang beriman dan beramal soleh, maka tentu seseorang itu perlu menuntut ilmu yang antara lainnya boleh diperoleh daripada majlis tilawah al-Quran.

Majlis ini sama juga dengan majlis ilmu kerana pada majlis itu, hadirin bukan saja dapat mendengar kemerduan ayat suci al-Quran, malah dapat menghayati maksud dan pengajaran di sebalik ayat itu.

Tuntutan menghadiri majlis ilmu ini sejajar sunnah Rasulullah untuk amalan umatnya. Rasulullah pernah bersabda bermaksud: "Jadilah kamu orang yang berilmu atau orang yang belajar dan orang yang mendengar. Jangan kamu menjadi golongan yang keempat (bukan daripada tiga golongan), maka hendaklah kamu tinggalkan."

Abdullah bin Amru pernah menceritakan bahawa Rasulullah melalui dua majlis dalam masjid.

Satu majlis menjalankan kegiatan zikir dan satu lagi pengajian ilmu.

Maka, Rasulullah memilih untuk duduk bersama majlis ilmu walaupun kedua-dua majlis itu baik.

Apabila bertembung dengan dua majlis, maka Rasulullah akan memilih majlis ilmu kerana ia lebih besar faedahnya kepada individu dan masyarakat.

kAsIh sAyAnG

kAsIh sAyAnG

mUtIaRa kAtA

Hiduplah Sesuka hatimu,Sesungguhnya kamu pasti mati.Cintai siapa saja yang kamu senangi,Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya, Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya....

BaKaL DisAtUKaN 17 OGOS 2008

BaKaL DisAtUKaN 17 OGOS 2008

BuS Yg sLaLu bAwA aKu mAkAn aNgIn..AbG DiN yG DrIve!!

BuS Yg sLaLu bAwA aKu mAkAn aNgIn..AbG DiN yG DrIve!!