05 Julai 2008

Fakta @ Auta



Wanita turut kelihatan menarik ketika subur


LONDON: Suara wanita menjadi semakin tinggi dan lebih menarik apabila mereka dalam keadaan subur dan berpeluang besar untuk hamil, menurut penyelidikan.Hasil kajian daripada dua penyelidikan terbaru di Amerika Syarikat menunjukkan wanita secara tidak sedar menukar tabiat mereka ketika mengandung menyebabkan mereka turut kelihatan lebih menarik di mata lelaki dan meningkatkan peluang memiliki anak.Dalam kajian pertama, responden wanita diminta mengira satu hingga sepuluh pada empat keadaan berbeza dalam masa sebulan. Beberapa wanita dan lelaki lain kemudian diminta mendengar pita rakaman dan menilai daya tarikan suara yang kedengaran."Lelaki dan wanita yang menghakimi suara itu cenderung memilih segmen yang direkodkan ketika kesuburan wanita berada di kemuncak," lapor majalah New Scientist.Saintis, dari Universiti State of New York, berkata hasil kajian sesuai dengan bukti kotak suara wanita berada di bawah pengaruh hormon seks.Ketua penyelidik, Dr Gordon Gallup, berkata kemampuan lelaki mengenal pasti perubahan suara wanita menunjukkan pertembungan kedua-dua jantina itu berakar umbi dalam evolusi.Bagi lelaki, ia membolehkan mereka menilai sama ada pujukan mereka berkemungkinan besar disambut baik. Wanita turut mendapat manfaat, kerana ia membolehkan mereka mengawasi persaingan.Kajian kedua, yang diadakan di Universiti California, mendapati nada suara wanita meninggi selari dengan kesuburan mereka.Namun, ketika suara rendah mungkin menjadi kunci seni godaan, suara serak dapat membantu wanita lebih berjaya di tempat kerja.Penyelidikan mendakwa wanita yang bercita-cita tinggi merendahkan suara masing-masing untuk bersaing dengan rakan lelaki mereka yang bersuara dalam.Perbandingan suara wanita antara tahun 1945 dan 1993, mendedahkan ia amat penting pada tahap akhir abad.Bukan hanya wanita yang dinilai menerusi suara mereka, dengan penyelidikan menunjukkan lelaki bersuara garau memiliki ramai anak.Wanita selalunya menggunakan suara lelaki untuk menilai kelelakiannya, dengan lelaki bersuara dalam dinilai lebih menarik.Hasilnya, lelaki ini mempunyai peluang lebih cerah mendapat pasangan dan lebih berkemungkinan memiliki ramai anak.Penyelidik mendakwa, wanita yang bercita-cita besar melembutkan nada suara untuk bersaing dengan lelaki sepejabat.Bekas pemimpin terkenal Britain, Margaret Thatcher pernah dinasihat supaya menghaluskan lagi nada ucapannya manakala Puteri Diana turut mendapatkan latihan suara untuk memperbaiki nada suar

Tiada ulasan:

kAsIh sAyAnG

kAsIh sAyAnG

mUtIaRa kAtA

Hiduplah Sesuka hatimu,Sesungguhnya kamu pasti mati.Cintai siapa saja yang kamu senangi,Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya, Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya....

BaKaL DisAtUKaN 17 OGOS 2008

BaKaL DisAtUKaN 17 OGOS 2008

BuS Yg sLaLu bAwA aKu mAkAn aNgIn..AbG DiN yG DrIve!!

BuS Yg sLaLu bAwA aKu mAkAn aNgIn..AbG DiN yG DrIve!!