09 Julai 2008

Kenapa empat mazhab?


Soalan: Kenapa mazhab yang tinggal sekarang cuma empat sedangkan para ulama mujtahid itu dikatakan ramai lebih daripada sepuluh orang? – Mohamad Suki Ahmad, Tanah Merah,Kelantan


Jawapan: Memang para sahabat dan tabiin yang besar dan diakui sebagi ulama mujtahid itu ramai, dan yang paling menonjol dari kalangan tabiin ialah:

1- Imam Hasan bin Yasar al-Basri meninggal 110 H.

2-Imam Abu Hanifah meninggal 150H.

3-Imam Auza‘ii meninggal 157 H

4-Imam Sufyan al-thauri meninggal 160 H.

5-Imam Al-Laith meninggal 175 H.

6-Imam Malik bin Anas meninggal 179 H.

7-Imam Sufyan bin ‘Uyainah meninggal 198H.

8-Imam Syafie meninggal 204H.

9-Ahmad bin Hanbal meninggal 241H.

10-Imam Daud Zahiri meninggal 270 H

Dan ramai lagi para ulama sebelum dan selepas itu yang tidak sempat ilmu mereka itu tersebar dan dibukukan selain daripada empat orang ulama mujtahid yang terkenal itu sahaja, yang mana mazhab mereka diikuti dan diamalkan serta bertebaran di seluruh pelusuk dunia hari ini. Di sebelah Yaman dan Nusantara ini tersebarnya mazhab Syafie .a. dan di sebelah utara India berkembangnya mazhab Hanafi .a. dan di sebelah Afrika pula merebaknya mazhab Maliki .a. dan di sebelah Saudi merebaknya mazhab Hanbali .a. Ini semua berlaku kerana perkembangan sejarah umat manusia itu sendiri. Jadi untuk mempertahankan keharmonian umat dan kesejahteraan serta perpaduan umat dalam suatu kawasan yang majoriti penduduknya berpegang pada satu-satu mazhab tertentu, maka mazhab lain tidaklah perlu lagi mengembangkan pengaruhnya. Sebagaimana juga satu tempat tertentu, tidak bersetuju kiranya orang lain atau mazhab lain menyebarkan pengaruhnya yang boleh menggugat ketenteraman di tempat dan kawasan mereka. Walahualam.

Tiada ulasan:

kAsIh sAyAnG

kAsIh sAyAnG

mUtIaRa kAtA

Hiduplah Sesuka hatimu,Sesungguhnya kamu pasti mati.Cintai siapa saja yang kamu senangi,Sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya, Lakukan apa saja yang kamu kehendaki,Sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya....

BaKaL DisAtUKaN 17 OGOS 2008

BaKaL DisAtUKaN 17 OGOS 2008

BuS Yg sLaLu bAwA aKu mAkAn aNgIn..AbG DiN yG DrIve!!

BuS Yg sLaLu bAwA aKu mAkAn aNgIn..AbG DiN yG DrIve!!